Friday 4 October 2013

Surah 101



{101}
AL-QARI’AH (pengegar) 1~11
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Pengegar
2. Apakah pengegar itu ?
3. Dan apakah yang membikin mu tahu apa (dia) pengegar itu ?
4. (Iaitu) dihari yang adalah manusia seperti rama-rama bertibaran.
5. Dan adalah gunung-gunung itu seperti bulu yang dihamburkan (berterbangan).
6. Oleh sebab itu, barang siapa berat timbangan (kebaikan)nya.
7. Maka ia itu didalam kehidupan (akhirat) yang sentosa.
8. Dan ada pun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya.
9. Maka tempat kembalinya itu ialah jurang yang dalam.
10. Dan apakah yang membikin mu tahu apa dia ?
11. (Iaitu) api yang panas. 

[Previous Surah][Next Surah][Mukadimah Surah][Ulasan Surah].

.